bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwuduh'lah kamu sebelum kamu diwudu'kan
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun yang hadir itu merintih
selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai
lalu dilaksanakan solat jenazah
dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah
selawat dan salam sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebu segala dosa
meninggalkan solat sepanjang hidup?
apakah solat jenazah yang tanpa rukuk & sujud itu
dapat membayar hutang rukuk & sujudmu yang telah luput?
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan sedemikian
jesteru ..usunglah dirimu ke tikar solat
sebelum kamu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan ulat
iringi dirimu ke masjid sebelum dirimu diiringi ke pusara
tangisilah dosa2mu di dunia
kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dengan panggilan 'izrail yang menakutkan
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
namun ketika itu istigfar tidak lagi menyelamatkan
ingtalah dimana kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan
dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezeki tuhan
justeru bila Dia menyeru
sambutlah seruanNYa
sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhir
ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak beerti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
ingatlah asal usulmmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ayam tak patuk dan itik tak sudu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat
lahirmu bukan untuk dunia
tapi gunakanlah ia buat melayar behtera akhirat
sambutlah seruan "Hayyan 'alal soLaah"
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan " Hayyan 'Alal Falah
jalan menuju kemenangan akhiran dan dunia
ingtlah yang kekal hanyalah amal
yang menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman dipejalanan
guna kembali kepangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada guna harta,tahta dan putera
isteri, kad kredit dan kereta
kondominium ,saham dan niaga
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA
~UNKNOWN~
0 ulasan:
Post a Comment