Pages

Friday, 28 December 2012

berjuang kearah penghujung..

musim exam tiba lagi & untuk sekian kali akhirnya berada disini
berjuang!! itulah kata yang boleh diucapakan memandangkan ini adalah semester saya yang terakhir disini..INSYAALLAH  .
sebelum menempuh exam ..terlalu banyak perkara yang perlu yang selesaikan..kadang2 saya sendiri naik pening,,nak bahagikan masa , kadang2 waktu rehat yang x cukup, tapi ALHAMDULILAH saya kuat untuk menghadapinya.. segala urusan saya dipermudahkan..
saya akui kadang2 emosi saya x stabil,,istilah "bad mood" memang x boleh nak lari pada waktu ini,,saya minta maaf andai ada yang terasa,, terutamanya mereka yang ada disekeliling saya. saya x pernah nak menyalahkan mereka..saya salahkan diri saya sendiri..tak apalah waktu akan berlalu dan saya harap ia akan berlalu jua..

Tuesday, 18 December 2012

dear heart

ya Allah ..aku tak tahu nak mulai permulaan yang aku sendiri tak tahu penghujungnya
ya Allah ampunilah aku, aku insan yang lemah yang leka akan keindahan dunia, yang lalai akan tanggungjawabku ,,
masa lapangku selalu diisi dengan aktiviti yang aku sendiri tak tahu..masa seakan dibuang dengan begitu sahaja,,aku lupa, aku lalai akan AkU AdAlah seOrang pelajar. Masa berlalu tiada hentinya,aku leka dengan dunia yang aku ciptakan.
ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian hidup ini ,terkadang aku menangis, terkadang aku merintih,,sedangkan semua itu patut aku lalui dengan kekuatan dan bukannya dengan kelemahan
Jalan yang terdampar dihadapan nampaknya semakin menghampiriku,,adakalanya aku tidak bersedia untuk menghadapinya,,aku LEMAH untuk menghadapinya.
ya Allah ,,terkadang hati ini terguris dengan cemuhan dan tomahan..Ku tabahkan hati melaluinya,walaupun aku sendiri tidak kuat. terkadang aku bertanya, samapai bilakah harus begini..ASTAGFIRULLAHALAZIM..semua yang aku lalui patut aku syukuri bukannya aku merintih .hati ini selalu menagis,,hati ini mudah terasa dengan kata2 yang dilemparkan..aku hanya manusia biasa yang punyai hati & perasaan. sekali terluka mungkin parutnya akan kekal di dalam hati,,
salah kah aku pada diri sendiri, membiarkan semua ini berlaku?, salahkah aku pada diri sendiri kerana leka dengan permainan dunia yang aku sendiri ciptakan
..hanya padaMU aku serahkan segalanya,,aku pohon agar aku diberi kekuatan  untuk menghadapi semua ini..
hati ini terasa kerdil ..nikmat yang ENGKAU berikan tidak ternilai untuk ku hitung
Ya ALLAH ..adakah hati ini salah menduga, apakah yang harus aku lakukan, berikan aku petunjukMU, tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan yang ENGKAU redhai & bukannya jalan yang ENGKAU murkai.




???


i Just wonder
mybe sometimes we are comfortably, closely and we must remember it ..
"once see it will be break-up"
sometimes we have personal matters to do and until this , we forgot to remember someone as special in life
alone better than with both
until when i was learned bored
no time.no love
not time for you,not remember you again 
feeling down in my heart
although  have still love in my heart
let me gone it. not for you
and not for me!!!
i will keep all in my memories 
and i would like to lost it
"lost memories all about of you"

i wonder it
Saturday, 8 December 2012

komen sikit

saya se0rang yang PEMALAS.

memang saya akui saya seorang yang pemalas,,
apa yang saya rajin buat ialah
tadaa,,,
SAYA SUKA TIDUR
tapi apa yang saya tak suka orang selalu dok push -push saya
jadi kemalasan saya akan bertambah dan pada masa yang sama saya akan jadi geram
saya suka orang menasihati saya , bagi dorongan atau motivasi kepada saya
kerana saya percaya itu menjadi sebahagian dari kekuatan saya
tapi saya akan jadi stress bila orang dok tekan2 saya
saya tak suka
apa ye kalau difikirkan jadi seorang yang pemalas
macam ni ke
-
-

Thursday, 6 December 2012

besday


06 DECEMBER
hari ini usia saya menginjak ke satu angka lagi, maka dengan itu genaplah usia saya 24 tahun,,haaaah 24, betul ke?? rasa cam x caya pulak
bila umur dah makin meningkat, tanggungjawab juga akan meningkat
impian saya yang :

  • degree  >>>> bakal diperolehi
  • master >>>>> dalam angan2( x tahu akan tercapai atau tak..insyaallah kalau ada rezeki saya akansambung)
  • kahwin >>>>>>> xda dalam perancangan lagi( jodoh x sampai lagi kot)
  • kereta >>>>>>>>>>> angan2 ada ..nak memliki sebuah kereta, x kisahlah kereta apa pun , janji boleh naik


hmm,,apa lagi ye??
rasa nya setakat ni je yang saya impikan buat masa ni
yang penting lepas ni saya dapat keje...


Wednesday, 5 December 2012

permulaan yang bakal akan sampai ke kemuncaknya part1

tut..tut..sudah sampai 3tahun setengah saya belajar kat sini..sungguh cepat masa berlalu,berputar tanpa hentinya..insayaallah pada awal 2013 saya bakal praktikal..bermulalah kehidupan saya. penentu masa depan saya akan bermula.saya mula disini pada pertengahan tahun 2009. suka duka disini , semuanya tertulis bagaikan diari dalam hati saya. Belajar mengenal, belajar berkawan, belajar hidup jauh dari keluarga. memang kalau nak tulis, betapa banyaknya kenangan saya yang tercipta disini & tak mungkin saya lupakan

bila saya rasa

bila saya rasa stress, saya akan tidur, tidur dan tidur lagi, kerana saya berharap bila saya bangun saya ada jalan penyelesaian dan mampu berbuat sesuatu.

Monday, 3 December 2012
lembut?? yeke saya ni lembut..
actually saya memang sensitif sikit..sesekali tersentuh, memang susah nak lupakan..tapi saya tak tunjukkan bila saya marah ,.saya buat tak tahu je
tapi air muka saya memang tak boleh nak tipu
mungkin ia tidak terzahir dengan kata2..saya cuma diam saja
dan saya harap agar saya diberi kekuatan untuk menghadapi kemarahan
saya terbaca saya artikel tentang ini...

Lemah Lembut atau Lembik
Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan antara wanita bersifat lemah lembut dengan wanita yang bersifat lembik. Kita perlu faham istilah lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza.
Lembik adalah sifat negatif, manakala lemah lembut merupakan sifat positif bagi wanita.
Wanita yang lembik definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk hidup berdikari tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak berupaya menghadapi cabaran. Ia lebih bersifat seolah mengada-ngada.
Berbeza pula dengan lemah lembut, menurut Profesor Meadley, wanita yang bersifat lemah lembut adalah wanita yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari. 
Lantaran perbezaan definisi inilah maka kaum wanita perlu memahami sifat yang bagaimanakah yang perlu dimiliki untuk menjadi wanita sejati, yang mampu menggoncangkan dunia.
Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia".
Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya.

orang selalu cakap saya ni lembut & mudah tuk dipermainkan,,yeke? siapa anda yang nak menilai saya..layakkah anda untuk mengatakan itu kepada saya..renungilah ke dalam diri anda dulu sebelum membuat andaian sedemikian..anda x berhak nak menilai macam tu..anda tidak kenal dalam dan luar saya..anda tidak tahu macam mana kehidupan saya..saya berpesan kepada anda, berhati2 dalam mengeluarkan kata2 kerana mungkin ia bakal menyakitkan hati orang yang anda tujukan.mungkin ia tidak terzahir di depan mata ,tapi dalam hatinya adakah anda mengetahuinya

Saturday, 24 November 2012

rindu bertemankan sepi

Sepi hati terjadi lagiMungkin sampai mati aku sepiBiar senyum hadir di harikunamun ini hanya ada di bibirdi bibir sajaAku ini yang bisa mengertiwalaupun yang lain mau mengertiNamun berat beban hidupkubiarkan sajaBiar saja hanya ku yang tahuSejarah cinta dan hidupkupenuh duri dan banyak ranjauButuh kesabaran yang penuhuntuk tetap ku berdiriada saatnya ku bicarabila hatiku telah bulatSepanjang ku bisa atasi semuaaku tetap diamsejarah cinta dan hidupkupenuh duri dan banyak ranjaubutuh kesabaran yang penuhuntuk tetap ku berdiriada saatnya ku bicarabila hatiku telah bulatsepanjang ku bisa atasi semuaaku tetap diamread more: YUNI SHARA - SEPI LYRICS 
Friday, 23 November 2012

lebih indah jika menyintai seseorang dalam diam..kerana kebahagian yang sebenar bukanlah terzahir di ruang mata,,cukuplah kebahagiaan di dalam hati. 
hari2 yang dilalui umpama roda, kebahagian kejayaan sentiasa menjadi angan2. siapa yang tiadak mahukan kebahagiaan?, siapa pula yang menolak kejayaan?
ternyata  hidup itu indah jika kita tahu menghargainya


Thursday, 22 November 2012

22/11

hari ini hari yang sedih,,saya rasa amat sedih, malu,,
saya tahu kesalahan saya,
saya tak prepair awl2 tuk present ,,
saya rasakan saya lah orang paling kerdil sekali tadi
dari malam tadi lagi saya rasakan,,ia bakal terjadi
ptg kemarin saya kluar,balik malam,,
xsempat nak prepair apa2
balik terus tidur,,
bagun pkul2 saya buka slide, saya baca sedikit je
n then bangun pagi ni..terus ke kelas,,
kelas start kul8 pagi lagi
saya rasa amat malu sekali..
MY english very2 bad
tambah pulak isi ntah kemana,point ntah kemana
apapun saya berterima ksih kat letcurer yang banyak bagi improve dekat saya
cuma saya rasa itu salah saya sendiri,,
saya harap ia akan menjadi pengajaran buat saya
........semoga saya akan terus berusaha lagi........
Wednesday, 14 November 2012

Berhenti Lakukan 30 Perkara Ini!

Maria Robison pernah berkata, ” Tiada sesiapapun boleh berundur kembali ke masa lepas dan memulakan kehidupan baru, tetapi sesiapapun boleh memulakannya hari ini dan membuat kesudahan yang baru.”


  1. Berhenti menghabiskan masa dengan orang-orang yang salah. – Hidup ini terlalu singkat untuk menghabiskan masa dengan orang-orang yang seperti ini. Jika seseorang mahu anda dalam kehidupan mereka, mereka akan memberi ruang untuk anda. Anda tidak perlu berjuang untuk mendapatkannya. Pernah, pernah menegaskan diri kepada seseorang yang sentiasa menghadap bernilai. Ingat, orang yang berada di tepi anda ketika anda senang adalah musuh anda tetapi orang yang berada di tepi anda ketika susah adalah sahabat anda.
  2. Berhenti lari dari masalah anda. – Semua orang di dunia ini tidak mudah untuk menahan tumbukan dari orang lain tetapi bagaimana untuk kita mengatasinya? adakah hanya sekadar mengelakkan diri hingga akhir? Pasti ada cara untuk menahan tumbukan dengan cara yang bijak. Jadi berhenti lari dari masalah kerana setiap permasalahan merupakan pengujian terhadap kemantangan kita.
  3.  Berhenti menipu diri sendiri. Anda boleh berbohong kepada sesiapa sahaja di dunia, tetapi anda tidak boleh berbohong kepada diri sendiri. Dalam kehidupan kita mempelajari memperbaiki hanya apabila kita ada peluang, dan peluang yang pertama dan yang paling sukar yang boleh kita ambil adalah untuk menjadi jujur dengan diri kita sendiri. 
  4.  Berhenti meletakkan keperluan diri anda di belakang. – Perkara yang paling menyakitkan adalah jika anda hilang arah, hilang tujuan hidup dalam proses mencintai seseorang melampau! dan lupa yang diri anda juga istimewa. Ya, tolong orang lain; tetapi tolong diri anda juga. Jika tiba masa anda ada sesuatu perkara yang ingin anda lakukan dan perkara yang membawa kebaikan untuk diri anda, kinilah masanya!
  5. Berhenti cuba untuk menjadi seseorang yang anda tidak boleh jadi. - Salah satu cabaran terbesar dalam kehidupan di dunia ini ialah cuba untuk membuat diri anda seperti orang lain. Seseorang akan sentiasa menjadi lebih cantik, seseorang itu akan sentiasa menjadi lebih bijak, seseorang akan sentiasa menjadi lebih muda, tetapi mereka tidak akan menjadi seperti anda. Jangan mengubah supaya orang akan suka anda. Jadilah diri sendiri dan orang yang ikhlas akan menyukai diri sebenar anda.
  6. Berhenti bergantung pada masa lalu. – Anda tidak akan dapat memulakan episod baru sekiranya anda asyik melihat berulang kali episod lama
  7. Berhenti menjadi takut untuk membuat kesilapan. - Melakukan sesuatu dan mendapat kesalahan sekurang-kurangnya sepuluh kali lebih bagus daripada tidak melakukan apa-apa. Setiap kejayaan mempunyai kegagalannya dan setiap kegagalan akan menuju ke arah kejayaan. 
  8. Berhenti menilai diri dengan kesilapan lalu. – Anda mungkin cinta orang yang salah, menangis perkara yang salah, walau macam mana pun benda jadi salah, yang pasti, kesalahan membantu kita ke arah perkara dan orang yang betul. Manusia, semua buat kesilapan, ada perjuangan, dan juga ada penyesalan tentang yang lalu. Tetapi anda bukan kesalahan anda, anda bukan perjuangan anda, anda di sini SEKARANG dengan kuasa untuk membentuk hari dan masa depan anda. Setiap benda yang berlaku terhadap diri anda adalah penyediaan anda untuk masa yang akan datang.
  9. Berhenti cuba untuk membeli kebahagiaan. – Banyak perkara yang kita inginkan adalah mahal. Tetapi hakikatnya, perkara-perkara yang benar-benar memuaskan kita benar-benar bebas – cinta, ketawa dan bekerja dengan gembira
  10. Berhenti melihat orang lain untuk kebahagiaan. - Jika anda tidak gembira dengan siapa yang anda berada di sekeliling anda, anda tidak akan gembira dalam hubungan jangka masa panjang dengan sesiapa pun. Anda perlu untuk mewujudkan kestabilan dalam kehidupan anda sendiri terlebih dahulu sebelum anda boleh berkongsi dengan orang lain.

Segenggam tabah

bila aku rasa feel down,...aku akan dengar lagu ini.
lagu ini sedikit sebanyak akan menguatkan semangat aku tuk terus bangun..

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-segenggam-tabah-inteam.html#ixzz2CGUOv6jC





Tuesday, 13 November 2012

[MTV] Shahir - Pendam



buatku disana


Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitisKau nafas akhirku
Kau yang dihati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerahAku pinta hanya bercinta
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-buatku-di-sana-mafa-ft.html#ixzz2CClAmhx7







Sunday, 11 November 2012

kau kenangan terindah

kau tetap kenangan terindah bagiku
kau pernah mengetuk pintu hati ini
kau pernah membuat aku bahagia
Saturday, 10 November 2012
Andainya bukan untukku,,
aku redha
Thursday, 8 November 2012

rest time

learning to make flowers with tissue
and this result
Monday, 5 November 2012
sekali aku cakap..kau jawab A..
dua kali aku cakap ..kau jawab B..
10 kali aku cakap..kau Jawab A-Z,,
ok,,fine,,aku faham
Sunday, 4 November 2012

Friday, 19 October 2012
Tuesday, 16 October 2012

lagi.....


selagi ianya masih mekar
selagi ianya masih mewangi
selagi tempatnya masih disini
aku akan sentiasa menunggu 
sehingga aku tahu & aku sedar
tentang hakikat sebenar
aku tahu penantian mungkin tak memberi makna
tapi aku akan tersenyum puas jika aku tahu tentang hakikat sebenar
INSYAALLAH...
setiap persoalan pasti ada jawapannya 



Wednesday, 10 October 2012

10/10


jika hari ini aku sendirian,,,
aku mengharap tuk ari esok ..
dan mungkin ia tidak bermakna lagi
mungkin ia sudah  terlewat 
aku bukannya seperti hari-hari yang lalu
aku bukannya penunggu yang setia lagi
hari-hari yang mendatang agar tidak sendirian lagi
jika dulu aku kesempatan
mungkin kini aku lebih tahu apa yang sebenarnya
usahkan aku biarkan ia berlalu 

Wednesday, 3 October 2012

4/10

sedikit waktu yang dimiliki
luangkan sesaat untukku...
sekali ini aku pohon padamu
ada yang ingin aku sampaikan
hampa kesal dan amarah
seluruhnya dibenakku
andai seketika hati yang tak terbalas oleh cintamu
ku ingin melepaskan 
tapi aku sendirian di sini
aku ingin kau tahu bahawa hatiku kecewa
sedetik menunggu disini
seperti seharian berkali ku lihat jam
demi memburu waktu
tak kulihat kehadiranmu
yang semakin menyakinkanku
KAU TAK AKAN DATANG

Sunday, 23 September 2012

jangan bunuh bintangku

petang itu aku berjalan-jalan dipersisiran pantai..angin nya menghempus, betapa syahdu sekali,ombak  menderu bagaikan tiada kesudahan. menikmati indahnya cipataan Illahi,ingin sekali aku menyatakan pada sang ombak aku ingin sekali  jadi sepertinya yang tidak pernah putus asa membawa ketepian.aku duduk dan bercita-cita untuk membina sebuah istana impian ,yang dalamnya  mampu untuk merealisasikan impian itu,,aku mula membina istana pasir dan berharap agar ia berkekalan,namun tiba2 saja ombak datang dan terus menghempas keatas istana itu.aku bina lagi,dan ombak datang lagi..aku bina lagi hingga lah sampai ke kali kelima,dan lima kali itulah ombak datang merebahkan istana aku.aku jadi sedih dan terus bangun lalu berkata,." hmm..hancurnya impian aku"..
tiba2 ada sorang datang kepadaku dan berkata "adik..kalau takut dilambung ombak,jangan berani bermain ditepian."  aku blah,dah la aku sedih boleh plk dia cakap macam tu.
malam itu aku terfikir balik apa yang orang itu cakap,, betul jugak kan,tadi aku sendiri yang berangan2 nak jadi seperti ombak yang tidak pernah jemu ..ahh..xpe esok aku kesana lagi dan berharapa aku punyai idea agar istanaku tidak akan roboh lagi.
esoknya,,,
aku menuju lagi ketempat itu,sampai saja  kat sana,aku tengok ada sebuah istana pasir yang amat cantik sekali, ditepinya terdapat benteng yang mampu menghalang ombak dari terkena istana itu,,sedang asyik khusyuk meneliti istana itu,aku terdengar suara berkata" tengok istana itu tak roboh kan kerana ada benteng kan" dia ? yang semalam menegur aku..

masa berlalu

tahun ni umo 24..tahun dpn 25..lagi 5 tahun ,umo aku jadik 30 tahun..haaa 30 tahun ..isk2 cm xcye je rasa mcm bru lepas amik spm jer.
taun dpn 2013,,praktikal
hujung tahun dpn konvo..dh grade..
next masuk taun baru 2014..umor dh 26..
kira2 balik,,sekejap je masa berlalu,,

harapan ,,,


salam kemaafan ku hulurkan,,andai diri ini menyakitkan hatimu,,ku akui bukan niatku untuk membuat semua ini,tapi penantian yang penuh pengharapan diakhiri dengan sebuah kekecewaan. maafkan aku tidak sempurna untuk menilai & menghargai insan sepertimu,,aku ingin kamu tahu setiap detik aku selalu memikirkan mu,,

berikan aku kesempatan yang panjang agar terubat resah kelukaan yang lama tak berulang..sambut lah agar dapat selangkah serumpun bersama..mana mungkin lagi kasih takkan melanda kemarau panjang,,

ini telah benar2 telah mengajar untuk melupakan sesuatu perkara yang aku kasihi ..
Tuesday, 26 June 2012

27/6


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka ,tangis dan tawa
tergores bagai sebuah lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
diantara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadamu
yang terindah dalam hidupku
meskipun ku rapuh dalam perjalanan
maafkan bila hati tak sempurna,,mencintaimu
Friday, 22 June 2012
seteguh mana hati bila berhadapan dengan ujian??
ternyata salah aku mendugainya..
silap aku pada diri sendiri
membiarkan ia hadir
akhirnya aku yang kecewa
andai bisaku ulangi 
waktu2 yang berlalu,, menjadi buih2 
aku akan biarkan ia terbangan bebas
bebas dari segalanya

namun tidak ku bisa
kerana aku yang mulai..
terasa berat sekali untuk melepaskan ia pergi 
apa yang patut aku lakukan??


Tuesday, 19 June 2012

as just..as my


  • there are things that we don't want to happen but have to accept, thing we don't want to know but have to learn and people we can't live without but have to let go
  • do what makes me happy? be with who makes me smile? laugh as much as my breath..love as long as my live
  • i think about all of the time, even when i have so much worry, even late hours of night
  • i never alone,just know there's always at least one person who understand what i am going through,,and i not expect the person will understand me.,,just enough only me to understand who are i am
  • would actually be your happy? have a lot of money? have a many of friends o influence? do your think you're beautiful more than other? ..i really don't understand if u think about this,but its up to you..if you think for this make your happy. i very2 glad  because of you have still a goals. don't worry, i never bother your life and never ride on  your happiness
  • from now silent it's better
  • i lets all this can go in my life but i never lets this forgot in my memories..the pain always teach me to be careful in my behavior
Monday, 11 June 2012

sekadar peringatan..

bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwuduh'lah kamu sebelum kamu diwudu'kan
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan 
dengan kain kafan yang serba putih 
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih 
walaupun yang hadir itu merintih
selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai 
lalu dilaksanakan solat jenazah
dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah
selawat dan salam sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
 tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebu segala dosa 
meninggalkan solat sepanjang hidup?
apakah solat jenazah yang tanpa rukuk & sujud itu 
dapat membayar hutang rukuk & sujudmu yang telah luput?
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan sedemikian
jesteru ..usunglah dirimu ke tikar solat 
sebelum kamu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan ulat 
iringi dirimu ke masjid sebelum dirimu diiringi ke pusara
tangisilah dosa2mu di dunia 
kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dengan panggilan 'izrail yang menakutkan 
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
namun ketika itu istigfar tidak lagi menyelamatkan
ingtalah dimana kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan
dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezeki tuhan
justeru bila Dia menyeru
sambutlah seruanNYa
sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhir
ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak beerti 
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging 
lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
ingatlah asal usulmmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ayam tak patuk dan itik tak sudu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat
lahirmu bukan untuk dunia 
tapi gunakanlah ia buat melayar behtera akhirat
sambutlah seruan "Hayyan 'alal soLaah"
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan " Hayyan 'Alal Falah
jalan menuju kemenangan akhiran dan dunia
ingtlah yang kekal hanyalah amal
yang menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman dipejalanan 
guna kembali kepangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada guna harta,tahta dan putera
isteri, kad kredit dan kereta
kondominium ,saham dan niaga
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

~UNKNOWN~
Saturday, 9 June 2012

rapuh sekeping hati

betapa rapuhnya hati bila berhadapan dengan ujian, 
terasa lemah,,tidak terdaya,,
sedangkan semua ini patut hadapi dengan tabah 
bukannya dengan kekecewaan,,
ohh...terasa jatuh sekali
sedih+ geram
ingin melangkah jauh pergi
meninggalkan semua ini 
andai suatu hari nanti aku membawa diri..usahlah bertanya kenapa dan mengapa..aku sudah letih menanti,,,
maafkan diatas tiap khilafan yang aku ciptakan.
aku dah malas nak ambik tahu fasal org yang memang tak ada @ sememangnya buat2 tak ada  kaitan 


Saturday, 2 June 2012

impian+kenyataan= realiti


bolehkah impian itu akan tercapai
           
 redha dengan apa yang berlaku..ikhlaskan hati untuk terima apa yang terbaik