Pages

Saturday, 15 June 2013

jika aku...


boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu , padahal ia amat buruk bagi kamu
Allah Maha Mangetahui sedangkan kamu tidak mengetahui
(al-baqarah:216)

aku tidak pernah meminta hati yang serapuh ini
mudah tersentuh bila dipersendakan 
atau memang aku senang untuk diperlakukan sedemikian
sedangkan aku berusaha menjaga hati orang disekelilingku
apakah aku ini yang tiada berguna
yang sesuka hati dijadikan bahan gurauan
ya Tuhan,,,
sukar sangatkah seseorang itu memahami seseorang yang lain 
setidaknya cuba belajar memahami keadaan sekeliling
dulu aku pernah menjadi orang yang merendah diri
kenapa disaat aku cuba untuk tidak merendahkan diri
ada pula inisan lain yang membuatku rasa rendah diri
ya Tuhan bagaimanakah aku
apakah aku mudah diperkotak-katikkan?
namun aku tidak pula berasa marah
benar!! aku hanya sedih memikirkan nasibku
hatiku bertambah sayu..ya sayu
aku tdak ingin jadi lemah sebegini
jika diberi pilihan
aku ingin menjadi seorang yang kuat fizikal , mental  
ya Allah
kuatkanlah hatiku dalam menghadapi setiap situasi yang KAU berikan padaku
aku hanya ada-MU ya RAHMAN disisiku
aku tidak ingin orang lain melihatku lemah
kerana aku ingin memberitahu mereka
bahawa aku ada ENGKAU
sebagai teman dalam hatiku

Aku redha dan aku maafkan segala apa yang terjadi..walaupun hati ini disakiti,cuma aku ingin katakan jangan sesekali menyentuh hati n perasaan seseorang jika tidak berniat untuk mengambilnya,,sedarlah !!! jika bagimu melayan orang seperti sedemikian,,adalah sesuatu yang silap..aku berharap suatu hari nanti kamu akan sedar tindakan kamu itu..hati yang terluka umpama kaca,,mungkin lukanya boleh sembuh namun parutnya akan kekal.Aku katakan bukan kerana aku kecewa tapi aku kesal sangat,,andai masa boleh diputarkan balik,tidak ingin aku mengenalimu.
...................................................................................................................................................................




Friday, 7 June 2013

hanya mampu tersenyum

Jangan disangka senyuman yang terukir itu suatu kebahagiaan,,tapi pandanglah dengan mata hati, mungkin senyuman itu hanyalah untuk menutupi  kesedihan kerana ia mampu disembunyikan oleh pandangan mata kasar.,Ya sekarang aku sedang memikirkan nasib diri.. dari awal lagi aku sudah mengjangkakan semua ini akan terjadi kerana kebahagiaan, kemanisan cuma hadir sekejap sahaja. Aku tak salahkan sesiapapun termasuklah dia kerana semua ini terjadi kerana aku sendiri yang leka dengan perasaan sendiri. adakah aku mudah dipermainkan?? adakah perasaan aku mudah diperkotak katikkan..??? aku bukannya seperti itu..aku punyai perasaan.. aku bukanlah seorang yang kasar, aku seorang yang lembut, yang mudah menagis bila disakiti. yang mudah terguris bila aku terasa. mungkin tidak bagi orang lain atau mungkin orang lain tidak memahami ataupun tidak mengenali aku dengan lebih rapat lagi.. betullah kata orang makin ramai orang kita kenal makin banyak kita buka peluang untuk disakiti..adakah aku selalu membuka peluang untuk disakiti.???




i m little girl



zaman pelajar sudah berakhir..kini saya bukan lagi seorang pelajar.. 
saya sudah bergelar seorang yang dewasa..
eerrkkk..betul ke??
i m little girl
sekarang..time tuk fikir keje..keje..
letih la fikir..

merancang...perancangan...rancangan
semua benda tu kena buat