Friday, 7 June 2013
hanya mampu tersenyum
Jangan disangka senyuman yang terukir itu suatu kebahagiaan,,tapi pandanglah dengan mata hati, mungkin senyuman itu hanyalah untuk menutupi kesedihan kerana ia mampu disembunyikan oleh pandangan mata kasar.,Ya sekarang aku sedang memikirkan nasib diri.. dari awal lagi aku sudah mengjangkakan semua ini akan terjadi kerana kebahagiaan, kemanisan cuma hadir sekejap sahaja. Aku tak salahkan sesiapapun termasuklah dia kerana semua ini terjadi kerana aku sendiri yang leka dengan perasaan sendiri. adakah aku mudah dipermainkan?? adakah perasaan aku mudah diperkotak katikkan..??? aku bukannya seperti itu..aku punyai perasaan.. aku bukanlah seorang yang kasar, aku seorang yang lembut, yang mudah menagis bila disakiti. yang mudah terguris bila aku terasa. mungkin tidak bagi orang lain atau mungkin orang lain tidak memahami ataupun tidak mengenali aku dengan lebih rapat lagi.. betullah kata orang makin ramai orang kita kenal makin banyak kita buka peluang untuk disakiti..adakah aku selalu membuka peluang untuk disakiti.???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment