Pages

Friday, 28 December 2012

berjuang kearah penghujung..

musim exam tiba lagi & untuk sekian kali akhirnya berada disini
berjuang!! itulah kata yang boleh diucapakan memandangkan ini adalah semester saya yang terakhir disini..INSYAALLAH  .
sebelum menempuh exam ..terlalu banyak perkara yang perlu yang selesaikan..kadang2 saya sendiri naik pening,,nak bahagikan masa , kadang2 waktu rehat yang x cukup, tapi ALHAMDULILAH saya kuat untuk menghadapinya.. segala urusan saya dipermudahkan..
saya akui kadang2 emosi saya x stabil,,istilah "bad mood" memang x boleh nak lari pada waktu ini,,saya minta maaf andai ada yang terasa,, terutamanya mereka yang ada disekeliling saya. saya x pernah nak menyalahkan mereka..saya salahkan diri saya sendiri..tak apalah waktu akan berlalu dan saya harap ia akan berlalu jua..

Tuesday, 18 December 2012

dear heart

ya Allah ..aku tak tahu nak mulai permulaan yang aku sendiri tak tahu penghujungnya
ya Allah ampunilah aku, aku insan yang lemah yang leka akan keindahan dunia, yang lalai akan tanggungjawabku ,,
masa lapangku selalu diisi dengan aktiviti yang aku sendiri tak tahu..masa seakan dibuang dengan begitu sahaja,,aku lupa, aku lalai akan AkU AdAlah seOrang pelajar. Masa berlalu tiada hentinya,aku leka dengan dunia yang aku ciptakan.
ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian hidup ini ,terkadang aku menangis, terkadang aku merintih,,sedangkan semua itu patut aku lalui dengan kekuatan dan bukannya dengan kelemahan
Jalan yang terdampar dihadapan nampaknya semakin menghampiriku,,adakalanya aku tidak bersedia untuk menghadapinya,,aku LEMAH untuk menghadapinya.
ya Allah ,,terkadang hati ini terguris dengan cemuhan dan tomahan..Ku tabahkan hati melaluinya,walaupun aku sendiri tidak kuat. terkadang aku bertanya, samapai bilakah harus begini..ASTAGFIRULLAHALAZIM..semua yang aku lalui patut aku syukuri bukannya aku merintih .hati ini selalu menagis,,hati ini mudah terasa dengan kata2 yang dilemparkan..aku hanya manusia biasa yang punyai hati & perasaan. sekali terluka mungkin parutnya akan kekal di dalam hati,,
salah kah aku pada diri sendiri, membiarkan semua ini berlaku?, salahkah aku pada diri sendiri kerana leka dengan permainan dunia yang aku sendiri ciptakan
..hanya padaMU aku serahkan segalanya,,aku pohon agar aku diberi kekuatan  untuk menghadapi semua ini..
hati ini terasa kerdil ..nikmat yang ENGKAU berikan tidak ternilai untuk ku hitung
Ya ALLAH ..adakah hati ini salah menduga, apakah yang harus aku lakukan, berikan aku petunjukMU, tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan yang ENGKAU redhai & bukannya jalan yang ENGKAU murkai.




???


i Just wonder
mybe sometimes we are comfortably, closely and we must remember it ..
"once see it will be break-up"
sometimes we have personal matters to do and until this , we forgot to remember someone as special in life
alone better than with both
until when i was learned bored
no time.no love
not time for you,not remember you again 
feeling down in my heart
although  have still love in my heart
let me gone it. not for you
and not for me!!!
i will keep all in my memories 
and i would like to lost it
"lost memories all about of you"

i wonder it
Saturday, 8 December 2012

komen sikit

saya se0rang yang PEMALAS.

memang saya akui saya seorang yang pemalas,,
apa yang saya rajin buat ialah
tadaa,,,
SAYA SUKA TIDUR
tapi apa yang saya tak suka orang selalu dok push -push saya
jadi kemalasan saya akan bertambah dan pada masa yang sama saya akan jadi geram
saya suka orang menasihati saya , bagi dorongan atau motivasi kepada saya
kerana saya percaya itu menjadi sebahagian dari kekuatan saya
tapi saya akan jadi stress bila orang dok tekan2 saya
saya tak suka
apa ye kalau difikirkan jadi seorang yang pemalas
macam ni ke
-
-

Thursday, 6 December 2012

besday


06 DECEMBER
hari ini usia saya menginjak ke satu angka lagi, maka dengan itu genaplah usia saya 24 tahun,,haaaah 24, betul ke?? rasa cam x caya pulak
bila umur dah makin meningkat, tanggungjawab juga akan meningkat
impian saya yang :

  • degree  >>>> bakal diperolehi
  • master >>>>> dalam angan2( x tahu akan tercapai atau tak..insyaallah kalau ada rezeki saya akansambung)
  • kahwin >>>>>>> xda dalam perancangan lagi( jodoh x sampai lagi kot)
  • kereta >>>>>>>>>>> angan2 ada ..nak memliki sebuah kereta, x kisahlah kereta apa pun , janji boleh naik


hmm,,apa lagi ye??
rasa nya setakat ni je yang saya impikan buat masa ni
yang penting lepas ni saya dapat keje...


Wednesday, 5 December 2012

permulaan yang bakal akan sampai ke kemuncaknya part1

tut..tut..sudah sampai 3tahun setengah saya belajar kat sini..sungguh cepat masa berlalu,berputar tanpa hentinya..insayaallah pada awal 2013 saya bakal praktikal..bermulalah kehidupan saya. penentu masa depan saya akan bermula.saya mula disini pada pertengahan tahun 2009. suka duka disini , semuanya tertulis bagaikan diari dalam hati saya. Belajar mengenal, belajar berkawan, belajar hidup jauh dari keluarga. memang kalau nak tulis, betapa banyaknya kenangan saya yang tercipta disini & tak mungkin saya lupakan

bila saya rasa

bila saya rasa stress, saya akan tidur, tidur dan tidur lagi, kerana saya berharap bila saya bangun saya ada jalan penyelesaian dan mampu berbuat sesuatu.

Monday, 3 December 2012
lembut?? yeke saya ni lembut..
actually saya memang sensitif sikit..sesekali tersentuh, memang susah nak lupakan..tapi saya tak tunjukkan bila saya marah ,.saya buat tak tahu je
tapi air muka saya memang tak boleh nak tipu
mungkin ia tidak terzahir dengan kata2..saya cuma diam saja
dan saya harap agar saya diberi kekuatan untuk menghadapi kemarahan
saya terbaca saya artikel tentang ini...

Lemah Lembut atau Lembik
Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan antara wanita bersifat lemah lembut dengan wanita yang bersifat lembik. Kita perlu faham istilah lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza.
Lembik adalah sifat negatif, manakala lemah lembut merupakan sifat positif bagi wanita.
Wanita yang lembik definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk hidup berdikari tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak berupaya menghadapi cabaran. Ia lebih bersifat seolah mengada-ngada.
Berbeza pula dengan lemah lembut, menurut Profesor Meadley, wanita yang bersifat lemah lembut adalah wanita yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari. 
Lantaran perbezaan definisi inilah maka kaum wanita perlu memahami sifat yang bagaimanakah yang perlu dimiliki untuk menjadi wanita sejati, yang mampu menggoncangkan dunia.
Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia".
Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya.

orang selalu cakap saya ni lembut & mudah tuk dipermainkan,,yeke? siapa anda yang nak menilai saya..layakkah anda untuk mengatakan itu kepada saya..renungilah ke dalam diri anda dulu sebelum membuat andaian sedemikian..anda x berhak nak menilai macam tu..anda tidak kenal dalam dan luar saya..anda tidak tahu macam mana kehidupan saya..saya berpesan kepada anda, berhati2 dalam mengeluarkan kata2 kerana mungkin ia bakal menyakitkan hati orang yang anda tujukan.mungkin ia tidak terzahir di depan mata ,tapi dalam hatinya adakah anda mengetahuinya