boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu , padahal ia amat buruk bagi kamu
Allah Maha Mangetahui sedangkan kamu tidak mengetahui
(al-baqarah:216)
aku tidak pernah meminta hati yang serapuh ini
mudah tersentuh bila dipersendakan
atau memang aku senang untuk diperlakukan sedemikian
sedangkan aku berusaha menjaga hati orang disekelilingku
apakah aku ini yang tiada berguna
yang sesuka hati dijadikan bahan gurauan
ya Tuhan,,,
sukar sangatkah seseorang itu memahami seseorang yang lain
setidaknya cuba belajar memahami keadaan sekeliling
dulu aku pernah menjadi orang yang merendah diri
kenapa disaat aku cuba untuk tidak merendahkan diri
ada pula inisan lain yang membuatku rasa rendah diri
ya Tuhan bagaimanakah aku
apakah aku mudah diperkotak-katikkan?
namun aku tidak pula berasa marah
benar!! aku hanya sedih memikirkan nasibku
hatiku bertambah sayu..ya sayu
aku tdak ingin jadi lemah sebegini
jika diberi pilihan
aku ingin menjadi seorang yang kuat fizikal , mental
ya Allah
kuatkanlah hatiku dalam menghadapi setiap situasi yang KAU berikan padaku
aku hanya ada-MU ya RAHMAN disisiku
aku tidak ingin orang lain melihatku lemah
kerana aku ingin memberitahu mereka
bahawa aku ada ENGKAU
sebagai teman dalam hatiku
Aku redha dan aku maafkan segala apa yang terjadi..walaupun hati ini disakiti,cuma aku ingin katakan jangan sesekali menyentuh hati n perasaan seseorang jika tidak berniat untuk mengambilnya,,sedarlah !!! jika bagimu melayan orang seperti sedemikian,,adalah sesuatu yang silap..aku berharap suatu hari nanti kamu akan sedar tindakan kamu itu..hati yang terluka umpama kaca,,mungkin lukanya boleh sembuh namun parutnya akan kekal.Aku katakan bukan kerana aku kecewa tapi aku kesal sangat,,andai masa boleh diputarkan balik,tidak ingin aku mengenalimu.
...................................................................................................................................................................







