Pages

Monday, 3 December 2012
lembut?? yeke saya ni lembut..
actually saya memang sensitif sikit..sesekali tersentuh, memang susah nak lupakan..tapi saya tak tunjukkan bila saya marah ,.saya buat tak tahu je
tapi air muka saya memang tak boleh nak tipu
mungkin ia tidak terzahir dengan kata2..saya cuma diam saja
dan saya harap agar saya diberi kekuatan untuk menghadapi kemarahan
saya terbaca saya artikel tentang ini...

Lemah Lembut atau Lembik
Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan antara wanita bersifat lemah lembut dengan wanita yang bersifat lembik. Kita perlu faham istilah lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza.
Lembik adalah sifat negatif, manakala lemah lembut merupakan sifat positif bagi wanita.
Wanita yang lembik definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk hidup berdikari tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak berupaya menghadapi cabaran. Ia lebih bersifat seolah mengada-ngada.
Berbeza pula dengan lemah lembut, menurut Profesor Meadley, wanita yang bersifat lemah lembut adalah wanita yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari. 
Lantaran perbezaan definisi inilah maka kaum wanita perlu memahami sifat yang bagaimanakah yang perlu dimiliki untuk menjadi wanita sejati, yang mampu menggoncangkan dunia.
Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia".
Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya.

orang selalu cakap saya ni lembut & mudah tuk dipermainkan,,yeke? siapa anda yang nak menilai saya..layakkah anda untuk mengatakan itu kepada saya..renungilah ke dalam diri anda dulu sebelum membuat andaian sedemikian..anda x berhak nak menilai macam tu..anda tidak kenal dalam dan luar saya..anda tidak tahu macam mana kehidupan saya..saya berpesan kepada anda, berhati2 dalam mengeluarkan kata2 kerana mungkin ia bakal menyakitkan hati orang yang anda tujukan.mungkin ia tidak terzahir di depan mata ,tapi dalam hatinya adakah anda mengetahuinya

0 ulasan:

Post a Comment