petang itu aku berjalan-jalan dipersisiran pantai..angin nya menghempus, betapa syahdu sekali,ombak menderu bagaikan tiada kesudahan. menikmati indahnya cipataan Illahi,ingin sekali aku menyatakan pada sang ombak aku ingin sekali jadi sepertinya yang tidak pernah putus asa membawa ketepian.aku duduk dan bercita-cita untuk membina sebuah istana impian ,yang dalamnya mampu untuk merealisasikan impian itu,,aku mula membina istana pasir dan berharap agar ia berkekalan,namun tiba2 saja ombak datang dan terus menghempas keatas istana itu.aku bina lagi,dan ombak datang lagi..aku bina lagi hingga lah sampai ke kali kelima,dan lima kali itulah ombak datang merebahkan istana aku.aku jadi sedih dan terus bangun lalu berkata,." hmm..hancurnya impian aku"..
tiba2 ada sorang datang kepadaku dan berkata "adik..kalau takut dilambung ombak,jangan berani bermain ditepian." aku blah,dah la aku sedih boleh plk dia cakap macam tu.
malam itu aku terfikir balik apa yang orang itu cakap,, betul jugak kan,tadi aku sendiri yang berangan2 nak jadi seperti ombak yang tidak pernah jemu ..ahh..xpe esok aku kesana lagi dan berharapa aku punyai idea agar istanaku tidak akan roboh lagi.
esoknya,,,
aku menuju lagi ketempat itu,sampai saja kat sana,aku tengok ada sebuah istana pasir yang amat cantik sekali, ditepinya terdapat benteng yang mampu menghalang ombak dari terkena istana itu,,sedang asyik khusyuk meneliti istana itu,aku terdengar suara berkata" tengok istana itu tak roboh kan kerana ada benteng kan" dia ? yang semalam menegur aku..
0 ulasan:
Post a Comment